Perusahaan daun mengkuang

Iklan
Sulong Sulaiman, 70, memikul daun mengkuang yang telah dipotong untuk dijual kepada pemborong ketika tinjauan di Kampung Tok Pong, hari ini.
Kedua pasangan suami isteri menjadikan perusahaan dari daun mengkuang itu sebagai pendapatan mereka selain menerima tempahan tikar mengkuang dari seluruh pelosok negeri.

Daun mengkuang sering dijadikan produk kraftangan seperti, tikar, lekar, topi, tudung saji, beg dan pelbagai produk yang lain.

Beliau menjual daun mengkuang yang telah dikeringkan kepada pemborong dengan harga RM23 sehinga RM25 bagi setiap 1kg.