Azmin persoal PBT didakwa naikkan cukai pintu empat kali ganda

Iklan
Azmin berucap pada Ceramah Perdana PN di Batang Kali pada malam Rabu.

HULU SELANGOR - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan negeri menaikkan kadar cukai pintu sehingga empat kali ganda berbanding nilai sedia ada.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu berkata, cukai tersebut dinaikkan daripada RM191.40 setahun kepada RM429.

Iklan
Iklan

"Dalam keadaan kita sedang menegur kerajaan negeri, MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) telah mengeluarkan notis cukai pintu yang baharu.

"Saya percaya keputusan ini diambil untuk semua majlis perbandaran di Selangor.

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu turut menunjukkan notis yang dikeluarkan MPAJ bertarikh 18 April 2024 mengenai kenaikan kadar cukai berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan tindakan drastik menaikkan kadar cukai berkenaan, selain mendakwa perkhidmatan di kebanyakan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini tidak seperti diharapkan.

Iklan

"Rakyat sedang susah, negara baru sahaja pulih daripada pandemik Covid-19. Ramai peniaga kecil (dan) syarikat yang gulung tikar.

"Rakyat baru nak bangkit semula, (tetapi) kerajaan langsung tidak peduli masalah rakyat, (malah) menaikkan cukai pintu di Selangor berlipat kali ganda.

"Kalau majlis perbandaran memberikan perkhidmatan yang baik, tak apa juga (kalau) nak naikkan sedikit, tetapi janganlah secara mendadak, empat kali ganda," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!