Pokok bersaiz dua pemeluk hempap rumah, dua beradik cedera ringan

Iklan
Gambar hiasan dijana oleh AI 123RF

IPOH - Dua beradik terdiri daripada remaja perempuan, 15, dan adik lelakinya, 13, cedera ringan selepas sebatang pokok bersaiz dua pemeluk tumbang menghempap sebuah rumah dan kenderaan dalam kejadian di Jalan Menteri dekat Selama, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada 4.17 petang tadi dan adik-beradik itu telah dibawa ke Hospital Selama sebelum ketibaan bomba.

Iklan
Iklan

"Pokok yang tumbang dipotong dan dialihkan bagi memastikan tiada lagi risiko," katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat serta ribut sedang berlaku di kawasan itu dan operasi tamat pada jam 6.33 petang. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan