Dua pekerja kilang separa sedar terhidu gas fenol

Iklan
Gambar Hiasan dijana oleh AI 123RF

KULIM - Dua pekerja sebuah kilang menghasilkan produk berasaskan plastik di Lunas berada dalam keadaan separa sedar manakala dua lagi mengalami pening dan loya selepas dipercayai terhidu gas fenol hari ini.

Komander Operasi Kanan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.53 pagi tadi, yang memaklumkan berlaku kejadian kebocoran gas di sebuah kilang.

Iklan
Iklan

"Jentera bomba tiba lokasi kejadian pada 10.12 pagi dan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia iaitu gas fenol.

Beliau berkata, pasukan HAZMAT telah membuat operasi nyah cemar terhadap mangsa dan sekitar kawasan kilang.

Iklan

"Pasukan HAZMAT Kulim Hi-Tech telah mengesahkan tiada lagi bacaan bahan kimia berbahaya di lokasi. Operasi terkawal pada 11.19 pagi dan tamat sepenuhnya pada 11.50 pagi tadi," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan