'Biasalah bila kalah adalah benda tak kena'

Iklan
Faisal Halim. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) diyakini melakukan yang terbaik terutama dalam membangunkan bola sepak negara.

Pemain sayap negara, Faisal Halim berkata, pemain-pemain pasukan negara masih mempercayai kepimpinan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selain Kim Pan-gon masih watak penting untuk memacu Harimau Malaya.

Iklan
Iklan

Malah, dia percaya isu atau masalah yang melanda badan induk bola sepak negara itu tidak akan mengganggu rentak persembahan skuad kebangsaan.

"Kami sebagai pemain diberikan peluang bermain dan akan beraksi dengan baik.

Iklan

"Coach Kim antara jurulatih yang terbaik. Datuk Hamidin sedang menjalankan tanggungjawab dengan baik di FAM.

"Cuma, biasalah bila kalah ada lah benda tak kena. Bila kita menang tak ada isu. Apa yang penting pemain kena bagi kemenangan kepada rakyat Malaysia," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jenama Faisal Halim FH7 Official pada Rabu.

Iklan

FAM ketika ini sedang dibadai dengan pelbagai isu termasuk surat layang terhadap badan induk itu sehingga ada pihak yang mencadangkan peralihan jawatan dalam badan induk itu.

Malah, prestasi skuad Harimau Malaya juga mula goyah sejak kebelakangan ini terutama selepas kegagalan di Piala Asia Qatar selain dua kekalahan kepada Oman dalam aksi kumpulan Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Selepas itu, muncul dakwaan bahawa Pan-gon telah menghantar surat untuk mengundurkan diri daripada skuad negara selepas kekalahan tersebut yang pantas dinafikan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu sendiri.

Memburukkan keadaan apabila skuad bawah 23 tahun (B-23) negara juga gagal menyerlah apabila pulang tanpa kemenangan dalam aksi Piala Asia B-23 di Qatar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!