Bunga pokok Tecoma berkembang mekar

Iklan
Empat kanak-kanak (dari kiri) Aziman Azri, 12, Amirul Syafiq Mohd Najib, 12, Noraisyah Mardiah Mohd Najib, 7, dan Mohd Areeb Arfa Mohd Rizal, 13, seronok bermain bunga pokok Tecoma yang berkembang mekar di kawasan taman perumahan Sungai Soi Baru hari ini.

Kebiasaannya pada musim kemarau pokok hiasan itu mengeluarkan bunga lebat kerana sifatnya yang memerlukan cuaca sedemikian untuk menggalakkan proses pendebungaan.

Tinjauan mendapati bunga lebat berwarna merah jambu menjadikan pemandangan kawasan itu kelihatan indah seakan musim bunga Sakura di negara Jepun.