Skuad Piala Uber negara labuh kempen Chengdu 2024 dengan kemenangan

Iklan
Lo Ee-Zhing Yi mengesahkan mata kemenangan skuad negara selepas menundukkan pasangan Kaitlyn Ea-Gronya Somerville.

SKUAD wanita negara menutup kempen Piala Uber Chengdu 2024 dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech, China pada Rabu.

Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei terlebih dulu meletakkan skuad negara di depan apabila menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12. dalam masa 29 minit.

Iklan
Iklan

Jin Wei kembali menyertai skuad negara menggantikan K Letshanaa selepas direhatkan ketika Malaysia tewas 0-5 kepada naib juara 2018, Thailand pada Isnin.

Bagaimanapun, pendahuluan itu gagal dipertahankan apabila gandingan Teoh Mei Xing-Go Pei Kee tewas dalam masa 37 minit kepada pasangan utama Australia yang juga beregu ranking ke-32 dunia, Setyana Mapasa-Angela Yu, 15-21, 17-21.

Iklan

Pemain perseorangan kedua negara, Wong Ling Ching kembali menceriakan kem negara apabila tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Sydney Tjonadi 21-16, 21-3 dalam masa 31 minit untuk kedudukan, 2-1.

Beregu kedua negara, Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi kemudian mengesahkan mata kemenangan skuad negara selepas mengharungi 31 minit set penentuan untuk menundukkan pasangan Kaitlyn Ea-Gronya Somerville 21-12, 13-21, 21-10.

Iklan

Siti Zulaikha Muhammad Azmi yang membuat penampilan sulung melengkapkan kemenangan skuad negara dengan menjinakkan Isabella Yan 21-10, 21-10 dalam aksi 24 minit.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad wanita negara mara ke suku akhir Piala Uber ialah pada edisi 2010.

Info:

PIALA UBER CHENGDU 2024

KEPUTUSAN

KUMPULAN B

Malaysia 1-4 Taiwan

Malaysia 0-5 Thailand

Malaysia 4-1 Australia