11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Polis menahan 11 individu disyaki terlibat tawaran kerja palsu dan pelaburan tidak wujud dalam serbuan di dua unit kediaman sekitar bandar raya ini, Isnin lepas.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis turut merampas antaranya 41 unit telefon bimbit, enam unit komputer dan tiga kad ATM dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan mata wang kripto sebagai medium pembayaran dan turut menawarkan penjualan talian telefon bimbit luar negara.

Iklan

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan