Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan kepada semua warga pekerja negara sempena sambutan Hari Pekerja pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan kepada semua warga pekerja negara sempena sambutan Hari Pekerja pada Rabu.

Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Iklan
Iklan

"Selamat Hari Pekerja!" titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan pekerja kepada negara dengan tema sambutan tahun ini ialah 'Pekerja Kesuma Bangsa'. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!