Kebakaran hutan tanah gambut

Iklan
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin yang turut merebak ke sebuah ladang berhampiran Kampung Kerpal, Muadzam Shah sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata setakat ini kawasan yang masih terbakar berbaki kira-kira 32.37 hektar daripada 40.47 hektar yang terlibat dan pihaknya cuba mengawal supaya api tidak merebak ke kawasan lebih luas serta jauh ke dalam.