PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi
Iklan
Azalina (kiri) bersalaman dengan Sock Tao (kanan) pada majlis sembang santai bersama calon PH sempena Pilihan Raya Kecil KKB. Foto Bernama
HULU SELANGOR - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dinasihatkan supaya tidak mengikut emosi ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 11 Mei ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebaliknya, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya Lee Kee Hiong yang telah melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.
Iklan
Iklan
"Jadi pengundi perlu memilih wakil rakyat yang boleh membantu mereka dalam isu-isu tempatan (dan) memilih calon daripada blok kerajaan juga memberi kelebihan kepada masyarakat di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu, di sini pada Selasa.
Sementara itu, dalam program berasingan bersama calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, Azalina berkata, usia muda bukanlah penghalang untuk bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memberikan khidmat dengan baik kepada masyarakat.
Iklan
"Sistem sokongan itu termasuklah kekuatan parti, pengalaman parti dan juga nasihat daripada mereka yang berpengalaman di dalam parti itu. Ini termasuklah wakil rakyat sedia ada di dalam parti (dan) ini akan membantu calon (apabila menang untuk) menjalankan tanggungjawab mereka untuk rakyat,” katanya.
Pada PRK berkenaan, Sock Tao ditentang oleh tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau (Bebas).
Iklan
PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Peratus pengundi membuang undi setakat jam 11 pagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag masing-masing sebanyak 33 peratus dan 30 peritus, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, rekod bagi peratusan yang keluar sedikit rendah untuk DUN Lamag berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765325/berita/politik/prk-kinabatangan-lamag-peratusan-keluar-mengundi-kurang-banding-prn-pengundi-mungkin-tak-balik---spr
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.