'Tiada apa yang perlu dibimbangkan' - MB Perlis

Iklan
Hantaran yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Menteri Besar Perlis itu pada Selasa. Mohd Shukri (kiri).

SHAH ALAM - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak ditahan sebaliknya dibenarkan pulang selepas hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Mohd Shukri sebelum itu direkod keterangan dari jam 10 pagi dan selesai kira-kira 1 petang dipercayai berkaitan dakwaan kes salah guna kuasa.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran akaun Facebook rasmi Menteri Besar Perlis itu memaklumkan, beliau akan sentiasa bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan dijalankan.

"Alhamdulillah, selesai memberi keterangan. Penting untuk mencari dan dapatkan berita yang sahih.

Iklan

"Jangan jadi penyebar kepada berita palsu. Seperti yang saya tegaskan, saya akan memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan," katanya menerusi hantaran pada Selasa.

Jelas hantaran itu, beliau turut berterima kasih atas segala komen yang diberikan berhubung perkara berkenaan.

Iklan

"Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Insya- ALLAH. Terima kasih atas komen yang baik-baik, mendoakan urusan saya dipermudahkan. Semoga doa-doa yang baik ini juga berbalik kepada anda," katanya.

SPRM sebelum itu mengesahkan merekod keterangan Mohd Shukri pada Selasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi laporan media tempatan mengesahkan perkara berkenaan.

Pada Selasa, portal tempatan melaporkan Menteri Besar Perlis itu ditahan SPRM selepas diambil keterangan.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dinafikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun rasmi milik Mohd Shukri.

Hantaran itu menjelaskan Mohd Shukri tidak tidak direman sebaliknya dibenarkan pulang selepas selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!