Patuh 9 kriteria Akta Perikanan elak sekatan perdagangan - DOF

Iklan
Adnan

PUTRAJAYA - Sembilan kriteria kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317) perlu dipatuhi bagi mengelak sekatan kepada perdagangan ke negara Kesatuan Eropah serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain berkata, kriteria itu ialah tidak mempunyai lesen vesel penangkapan ikan, tidak mempunyai lesen peralatan menangkap ikan, melanggar syarat lesen dan meniru pengenalan vesel lain atau palsu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu ialah menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia; vesel penangkapan ikan asing pindah ke kapal ikan, bahan api atau bekalan dengan vesel lain di perairan Malaysia dan memasuki perairan perikanan Malaysia tanpa notifikasi kepada pihak berkuasa.

"Yang kelapan iaitu menangkap ikan menggunakan peralatan dilarang seperti renjatan elektrik dan bahan letupan selain menangkap ikan dilarang, mamalia akuatik atau penyu," katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Sambutan Aidilfitri DOF di Wisma Tani di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, DOF menyatakan komitmen dengan instrumen antarabangsa berkaitan aktiviti tangkapan ikan haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU).

Katanya, ini selaras dengan keperluan di bawah Kesatuan Eropah.

Iklan

"Sebarang ketidakpatuhan kepada komitmen ini boleh membawa kepada sekatan perdagangan ke negara Kesatuan Eropah serta sekatan perdagangan ke negara CPTPP," ujarnya.

Jelasnya, DOF mengesyorkan penyenaraian dan penyahsenaraian vesel penangkapan ikan sama ada Vesel Penangkapan Ikan Tempatan (VNT) dan Vesel Penangkapan Ikan Asing (VNA) di bawah Seksyen 15 dan Seksyen 16 Akta 317.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!