MB Perlis tidak direman, hanya beri keterangan kepada SPRM

Iklan
Mohd Shukri Ramli (kiri) - Foto Bernama.

SHAH ALAM - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak ditahan sebaliknya dibenarkan pulang selepas selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Menerusi perkongsian akaun Facebook rasmi Menteri Besar Perlis itu memaklumkan bahawa Mohd Shukri tidak direman.

Iklan
Iklan

"Menteri Besar tidak direman, telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan," tulis hantaran berkenaan pada Selasa.

Bagaimanapun Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan lanjut dari SPRM berhubung perkara ini.

Iklan

Pada Selasa, sebuah media tempatan melaporkan Menteri Besar Perlis itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai susulan siasatan terhadap anaknya berkaitan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 sebelum ini.

Rabu lalu, media melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis antara enam individu yang direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Iklan

Keseluruhan projek melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!