Kegiatan seleweng 1,000 liter minyak diesel subsidi tumpas

Iklan
Sebuah lori diubah suai yang disita dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, dekat sini, pada Isnin.

ALOR SETAR - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sungai Petani sekali lagi berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani dekat sini pada Isnin.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaluddin berkata, serbuan bermula jam 4 pagi itu dilakukan lima anggota penguat kuasa KPDN Sungai Petani selepas risikan sejak beberapa minggu lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat sebuah lori jenis 'bonded' bernombor pendaftaran tempatan yang dipandu oleh seorang lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati lori tersebut dipandu seorang lelaki warga tempatan,"katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau memaklumkan, lelaki berusia lewat 30-an berkenaan kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan pihak KPDN.

"Dalam serbuan itu, tindakan sitaan telah diambil dengan menyita minyak diesel bersubsidi dengan anggaran 1,000 liter, satu unit tangki fiber dalam kenderaan dan sebuah lori serta kunci kenderaan bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.

Iklan

Muhammad Nizam berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM17,550 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!