Anih Berhad nafi unsur khianat insiden tayar pancit

Iklan
Laporan Sinar Harian

KUANTAN - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menafikan terdapat unsur khianat susulan kenderaan tersadai akibat tayar pancit yang didakwa terkena serpihan besi bertaburan di atas jalan.

Sebanyak 31 kenderaan terlibat dalam kejadian terbabit di Kilometer 84.5 (arah timur, Karak-Lanchang) kira-kira jam 11.30 malam pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Pihak lalu lintas Anih telah pun mengutip semua objek logam tersebut dari lokasi malam semalam (Isnin)," dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas kenyataan itu lagi, pasukan lalu lintas juga telah mengutip kesemua objek logam terbabit selain membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan