[VIDEO] PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Iklan
HULU SELANGOR - Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Menurut Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan, fokus utamanya adalah untuk menawarkan politik matang dan khidmat bakti kepada rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat nanti.
Iklan
Iklan
"Hati saya tidak terganggu dengan serangan politik peribadi sebab saya sebagai anak muda yang bertanding ingin bawa politik baharu dan fokus kepada tawaran yang akan diberikan kepada pengundi.
"Saya kena fokus. Saya tidak boleh lari daripada fokus kempen sebab itu saya rasa tidak relevan (untuk layan serangan peribadi lawan).
Iklan
Sock Tao (dua dari kanan) ketika mengadakan program jelajah mesra di Pasar Awam Kuala Kubu Baharu pada Selasa.
Iklan
"Saya dengan hati yg ikhlas dan iltizam tinggi ingin berbakti kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas jelajah mesra di Pasar Awam Kuala Kubu Baharu di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mempersoalkan tahap pendidikannya sebelum ini.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari pada Isnin mencabar bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menunjukkan bukti tahap pendidikannya.
Susulan itu, Sock Tao mengemukakan slip keputusan cemerlangnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Isu berkaitan pencapaian pendidikan calon menjadi tumpuan kempen PRK kali ini susulan wujud dakwaan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mengemukakan sijil palsu.
Bagaimanapun isu tersebut selesai selepas Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengesahkan sijil Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dimiliki Khairul Azhari.
Sementara itu, ditanya mengenai cabaran selaku calon luar atau bukan anak tempatan, wanita kelahiran Ampang berkenaan mengakui ada pengundi yang membangkitkan perkara tersebut.
"Sudah tentu soalan itu ada ditanya dan jawapan saya adalah saya akan bekerja keras dan bertekad memberikan khidmat terbaik," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>