Polis siasat dakwaan aktiviti curiga di pusat keagamaan di Nilai

Iklan
Ahmad Dzaffir

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat aktiviti mencurigakan di sebuah pusat aktiviti keagamaan dan kerohanian di kawasan Nilai.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis mengesahkan telah menerima aduan berhubung perkara itu pada 26 April lalu.

Iklan
Iklan

"Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berkenaan aduan itu dan orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ugutan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, orang ramai turut diingatkan tidak memuat naik atau pun membuat hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran sehingga mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman awam.

Sebelum ini tular di Telegram berhubung laporan polis dibuat oleh seorang lelaki yang menyatakan aktiviti yang diikuti di sebuah lokasi di Mantin, Seremban didapati bertentangan dan mampu menggugat kedaulatan negara.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!