KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu tabung khas ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ bagi memudahkan warga ATM serta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas.
Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan, tabung berkenaan diaktifkan berkuat kuasa hari ini.