Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya British ke Malaysia

Iklan
Raja Zarith Sofiah berkenan menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry di Istana Negara. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry di Istana Negara di sini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, David Wallace dan Setiausaha Utama (Politik) Pesuruhjaya Tinggi British, Sandeep Judge.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran itu, para tetamu turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Raja Permaisuri Agong. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan
Iklan