Ringankan kos sara hidup, Mydin lancar Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja

Iklan
Mydin, KPDN, Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja, PJIR, barangan keperluan bayi, kos sara hidup,

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Isnin, melancarkan Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 di bawah Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) yang berlangsung di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor.

Pelancaran kempen berkenaan disempurnakan oleh Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, kempen itu merupakan komitmen Mydin dalam menyokong usaha KPDN bagi meringankan kos perbelanjaan golongan ibu bapa dan penjaga untuk mendapatkan barangan keperluan bayi serta kanak-kanak pada harga yang cukup istimewa.

Ameer Ali ketika menyampaikan ucapan sempena pelancaran Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 di Mydin USJ pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Sudah tentunya Mydin dan rakan pembekal kami sentiasa cakna tentang cabaran kos sara hidup yang meningkat saban tahun disebabkan faktor ekonomi global.

Iklan

"Justeru, kempen yang bermula hari ini (Isnin) dan berlangsung sehingga 30 Mei 2024 ini menjanjikan penjimatan, hadiah dan ganjaran menarik yang boleh direbut masyarakat khususnya golongan ibu bapa," katanya ketika melancarkan kempen berkenaan di Mydin USJ di sini pada Isnin.

Kempen itu antaranya menawarkan diskaun, rebat dan hadiah percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai RM800,000 yang melibatkan barangan bayi dan kanak-kanak dari jenama terlibat.

Iklan

Kempen turut mendapat kerjasama rakan-rakan pembekal Mydin iaitu Abbott, Carrie Junior, Diapex, Dryfirst, Drypers, Dugro, Farm Fresh, Fernleaf, Gnubkins, Huggies, Johnson & Johnson, Milna, Molfix, Nestle dan Pureen.

Antara penjimatan barangan termasuk susu tepung, lampin pakai buang, set pakaian bayi dan kanak-kanak, kereta sorong bayi dan pelbagai lagi.

Sehubungan itu, Ameer berharap kerjasama antara kerajaan serta pemain industri ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat.

"Saya berharap adanya perbincangan yang kerap antara kedua belah pihak bagi memastikan isu kos sara hidup serta hal kepenggunaan menjadi isu utama.

"Selain itu saya juga berterima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan strategik kempen ini yang terus menerus bekerjasama dalam memastikan pengguna mendapat manfaat penjimatan bagi mengatur perbelanjaan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada lebih banyak rakan perniagaan yang lain untuk turut menjalankan kempen seumpama itu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi Mydin Malaysia di www.mydin.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!