Wanita lintas jalan hingga libatkan kemalangan disambung reman

Iklan
Laporan Sinar Harian.

TEMERLOH - Seorang wanita yang memberhentikan kenderaan dipandu sebelum melintas jalan sehingga mengakibatkan kemalangan maut di KM98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Timur di sini pada 26 April lalu disambung reman pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, tempoh tahanan reman disambung untuk melengkapkan siasatan.

Iklan
Iklan

"Hari ini baru sambung (reman), belum ada keputusan (tempoh tahanan)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, wanita berusia 35 tahun itu ditahan reman pada Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.

Iklan

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton.

Menurutnya, tindakan wanita tersebut menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton terpaksa menekan brek secara mengejut.

Iklan

Pada masa yang sama, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.

"Mangsa terjatuh di lorong laju, manakala motosikalnya tercampak ke bahagian belakang Mitsubishi Triton yang dirempuhnya," katanya.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, mangsa yang parah di bahagian dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!