Kempen PRK Kuala Kubu Baharu bermula

Iklan
Parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mula memasang bendera parti masing-masing di sekitar kawasan Bandar Baru Batang Kali ketika tinjauan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia.