PRK KKB: Cawangan DAP Melayu tidak beri kesan kempen PN
Iklan
Khairul Azhari bertemu orang ramai ketika jelajah mesra di Pekan Kuala Kubu Baharu.
HULU SELANGOR - Penubuhan cawangan DAP Melayu baharu tidak memberi kesan kempen Perikatan Nasional (PN) ekoran tidak membabitkan kawasan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.
Calon PN, Khairul Azhari Saut berkata, perkembangan terbaharu daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu tidak menggoyahkan gerak kerja PN berikutan penubuhan tersebut membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali.
Iklan
Iklan
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, DAP pada Ahad menerima keahlian 50 belia menerusi penubuhan cawangan Melayu di Hulu Selangor.
Calon PN turut menyantuni pengundi muda ketika jelajah mesra di Pekan Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu ketika ditanya perjalanan kempen hari ketiga, pemangku Ketua Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor tersebut memaklumkan, tumpuan diberi ke kawasan pekan dan premis perniagaan yang kebanyakannya diusahakan kaum Cina dan India.
Iklan
Menurutnya, penerimaan majoriti penduduk yang dilawati khususnya di Batang Kali menerima PN dengan amat baik.
"Saya lihat selepas dua hari, Alhamdulillah suasana pilihan raya cukup menceriakan... majoriti penduduk yang dilawati di daerah ini menerima PN.
Iklan
Khairul Azhari bertemu pengundi pelbagai kaum ketika jelajah mesra di Pekan Kuala Kubu Baharu pada Isnin.
"Kita akan terus mendampingi semua kaum, tidak kira bangsa dan agama sebaik mungkin di samping membawa isu dekat dengan rakyat," ujarnya.
Pada masa sama, PN turut mengedarkan ‘Warkah Abah untuk Kuala Kubu’ serta risalah yang menyatakan PRK kali ini adalah referendum rakyat.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.