Hamidin tak kecil hati diminta berundur

Iklan
Hamidin terbuka dengan sebarang kritikan dan cadangan dilontarkan kepada badan induk itu. Foto FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sentiasa terbuka susulan cadangan daripada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mencadangkan peralihan jawatan berlaku dalam badan induk bola sepak itu.

Menurut Hamidin, beliau tidak berkecil hati dengan pandangan tersebut selain memberikan ruang untuk mana-mana individu bertanding dalam pemilihan FAM pada kongres tahun depan.

Iklan
Iklan

"Saya rasa itu pandangan beliaulah (Khairy Jamaluddin). Apa pun yang kita buat tidak boleh lari daripada statut atau perlembagaan. Siapa-siapa pun boleh bertanding.

"Saya tak kisah dan saya pun terbuka. FAM pun terbuka untuk sesiapa nak bertanding dalam apa juga jawatan (dalam FAM)," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kali ke-209 pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar peralihan berlaku dalam pucuk pimpinan FAM dalam usaha memastikan sukan bola sepak boleh bergerak lebih pesat pada masa akan datang.

Cadangan peralihan dan rombakan dalam FAM itu hadir selepas beberapa isu melanda badan induk itu seperti surat layang dan prestasi skuad Harimau Muda di Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Qatar baru-baru ini.

Iklan

Dalam pada itu, Hamidin juga menerima setiap kritikan yang dilemparkan netizen selain menegaskan FAM telah berusaha memberikan yang terbaik untuk sukan nombor satu negara itu.

"Kita kena terima dan apa yang penting kita tak buat salah dan buat demi bola sepak negara. Sampai masanya kalau ada pemilihan kita akan sama berada dalam pemilihan mengikut peraturan dan statut FAM," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!