Kali pertama beraya di hotel

Iklan
Wan Muawiyah (kanan) dan Ismail (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya begitu teruja dapat menyambut Aidilfitri di hotel.

KOTA BHARU -"Ini kali pertama saya beraya di hotel, demikian luahan pelajar Pondok Bukit Tanah, Pasir Puteh, Wan Muawiyah Wan Mahathir, 14, selepas diraikan oleh Hibiscus Petroleum pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di sini pada Ahad.

Wan Muawiyah berkata, ini juga kali pertama dia berpeluang ke Kota Bharu selepas tidak pernah keluar jauh dari pusat pengajian berkenaan.

Iklan
Iklan

"Perasaan gembira saya hari ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Dapat makan di hotel dan lihat bandar Kota Bharu sudah memberikan keseronokan kepada saya," katanya.

Menurut dia, hanya ucapan terima yang mampu dizahirkan kepada pihak Hibiscus Petroleum atas jemputan tersebut.

Iklan
Dr Pascal (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada Ahad.

Ujarnya, dia berharap anak-anak di Pondok Bukit Tanah yang lain akan turut diraikan selepas ini.

Bagi Ismail Tarmizi,10, perasaannya membuak-buak apabila terpilih untuk ke Hotel Perdana.

Iklan

Dia memberitahu, ini merupakan pengalaman pertama menjejakkan kaki ke sini.

Antara mereka yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Hibiscus Petroleum di Kota Bharu pada Ahad.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Hibiscus Petroleum Berhad, Dr Pascal Hos berkata, pihaknya gembira dapat meraikan sambutan Aidilfitri bersama semua jemputan.

"Ia merupakan satu perkongsian kegembiraan dengan penduduk di negeri ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!