Lima rumah kedai musnah terbakar

Iklan
Kebakaran deretan lima kedai di Bachok pada pagi Isnin.

BACHOK - Deretan lima rumah kedai berhampiran persimpangan lampu isyarat Beris Kubur Besar di sini musnah dalam kebakaran pada pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Ridhuan Mohd Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 6.58 pagi.

Iklan
Iklan

"Tiga daripadanya ialah kedai menjual vape dan rokok elektronik, kedai kimpalan besi dan kedai menjual permainan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, pada Isnin.

Ahmad Ridhuan (tengah) ketika memberi kenyataan kepada pemberita di Beris Kubur Besar, Bachok.

Menurut beliau, operasi pemadaman diketuai beliau dan 19 anggota termasuk daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa dan BBP Kota Bharu.

Iklan

"Kebakaran melibatkan lima buah rumah kedai kelas B berkeluasan 54 meter bagi setiap unit terbakar sebanyak 80 peratus.

"Pihak bomba menjalankan usaha memadam kebakadan dengan satu jentera dan lori tangki,” katanya.

Iklan

Tambah beliau, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan selain tiada kemalangan jiwa terlibat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!