Hentikan nafsu seksual terhadap pelajar

Iklan
Seorang pendidik di MRSM Tumpat, Kelantan didakwa terlibat dengan pedofilia. - Gambar hiasan

KEBELAKANGAN ini, institusi pendidikan menjadi bualan hangat melibatkan warga pendidik berlegar-legar di media sosial.

Lebih membimbangkan apabila isu berkenaan terkait dengan pedofilia iaitu perasaan seksual terhadap kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Jika diamati semula, kes-kes berkaitan pedofilia tidak sepatutnya berlaku sama sekali di institusi pendidikan kerana guru perlu menjadi pelindung kepada pelajar dan bukannya mengambil kesempatan ke atas mereka.

Laporan muka hadapan Sinar Harian pada 29 April turut membicarakan tentang jenayah berkenaan apabila tular satu dakwaan bahawa ada seorang pendidik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, Kelantan terlibat dengan pedofilia.

Iklan

Susulan itu, polis memanggil 14 individu termasuk guru dan pelajar untuk dirakam keterangan berhubung kes berkenaan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, polis turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti individu yang memuat naik hantaran di laman sosial, X berkait dakwaan kes tersebut.

Iklan

Sebelum ini, pernah tular satu lagi kes melibatkan seorang guru wanita yang dikatakan melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Pada 25 Mac lalu, media melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, polis menerima laporan pada 12 Disember lalu mendakwa suspek yang berusia 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji bersama guru terbabit di perpustakaan sekolah.

Katanya, laporan dibuat pada jam 10.30 malam oleh ibu mangsa berusia 46 tahun yang mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anak lelakinya, selepas mangsa pulang dari ulang kaji Matematik bersama suspek.

Sekali lagi penulis menegaskan bahawa jenayah pedofilia merupakan satu kesalahan yang amat besar dan tidak sepatutnya berlaku di sekolah.

Guru perlu memainkan peranan sebaik-baiknya untuk mendidik pelajar dan mengetepikan segala perasaan seksual terhadap mereka.

Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan memberi gambaran buruk terhadap institusi pendidikan negara kerana gagal ‘menyelamatkan’ pelajar daripada menjadi mangsa seksual akibat kerakusan nafsu seorang guru.

Oleh yang demikian, penulis berharap agar guru-guru di Malaysia ini menunjukkan perilaku terbaik kepada para pelajar agar mereka berasa selamat dan seronok ketika berada di sekolah.