Arsenal Raja Derbi Utara London

Iklan
Saka meraikan kejayaan menjaringkan gol pada minit ke-27.

ARSENAL berdepan laluan getir sebelum dapat membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Motivasi tinggi membelasah Chelsea, 5-0 pada 24 April lalu mengiringi pendahulu Arsenal ke Stadium Tottenham Hotspur.

Iklan
Iklan

The Gunners terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri pemain tengah Spurs, Pierre-Emile Hojbjerg minit ke-15 sebelum Bukayo Saka menjadikan kedudukan 2-0 minit ke-27.

Kai Havertz kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-38 bagi membolehkan pasukan pelawat kendalian Mikel Arteta melabuh tirai separuh masa pertama dengan bekalan selesa.

Iklan

Separuh masa kedua, Tottenham yang diaibkan Newcastle United, 4-0 di Stadium St James' Park, 13 April lalu kembalikan memperkemaskan gerakan jentera depan.

Hasilnya, The Lilywhites dikemudikan Ange Postecoglou meningkatkan tekanan memulakan pemburuan gol dengan sentuhan pemain dari Argentina, Cristian Romero pada minit ke-64.

Iklan

Gol itu ternyata menyuntik semangat pemain-pemain Tottenham apabila merapatkan lagi kedudukan menerusi jaringan penalti bintang Korea Selatan, Son Heung-min pada minit ke-87.

Derbi utara London kedua-dua pasukan ini dengan pertemuan terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Emirates, 24 September lalu.

"Kami tahu apa ertinya kemenangan ini kepada penyokong-penyokong, yang amat teruja dengan tiga mata dalam derbi ini," ujar Saka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!