Dek Wan terus menyinar di Maghribi

Iklan
Mohamad Ridzuan. Foto fail Bernama

PEMENANG pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berada di kelas tersendiri apabila menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi pada Ahad.

Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dipanggil 'Dek Wan' mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman yang membawa pulang perak di Grand Stadium Marrakech.

Iklan
Iklan

Pingat gangsa menjadi milik rakan senegara, Ahmad Fizzi Rosni yang mencatat masa 12.72s.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali terpaksa berpuas hati memperoleh gangsa bagi acara 100m T12 (kecacatan fizikal) dengan mencatat masa 11.45s.

Iklan

Muhamad Afiq ditinggalkan pelari tuan rumah, Mouncef Bouja yang memperoleh emas dengan catatan masa 11s manakala pingat perak menjadi milik Temitope Olusesan dari Nigeria dengan rekod 11.15s.

Dalam pada itu, atlet para, Mohammad Zikri Zakaria memperoleh perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter (m) dengan 780 mata.

Iklan

Pingat emas dimiliki atlet dari Armenia, Sargio yang membuat lontaran 11.23m dengan kutipan mata 924 manakala Mukan Aitmyrzayev dari Kazakhstan meraih pingat gangsa selepas membuat lontaran sejauh 9.62m dengan 733 mata. Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!