Arika@Kubang Kerian tepati status pangsapuri kawasan elit

Iklan
Arika@Kubang Kerian dimajukan oleh Kumpulan Malvest menandatangani perjanjian dengan kontraktor utama serta pembekal-pembekal berjenama sekali gus menepati status sebagai pangsapuri elit.

ARIKA@Kubang Kerian dimajukan oleh Kumpulan Malvest menandatangani perjanjian dengan kontraktor utama serta pembekal-pembekal berjenama sekali gus menepati status sebagai pangsapuri elit.

Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon berkata, kerjasama itu melibatkan YanJian Group Construction Malaysia Sdn Bhd, Sigma Elevator, Niro Ceramic Group dan Premtex Malaysia.

Iklan
Iklan

"Arika merupakan pangsapuri perkhidmatan 42 tingkat yang terletak berdekatan dengan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan 668 unit pangsapuri.

"Pangsapuri ini lengkap dengan 26 unit kedai termasuk jenama terkemuka," katanya ketika ditemui semasa pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di sini.

Iklan

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah.

Menurut beliau, Arika menawarkan gaya hidup baharu kepada penduduk menerusi stesen mengecas elektrik.

Iklan

Katanya, setakat ini kerja pembinaan asas telah sempurna YanJian Group Construction yang merupakan kontraktor antarabangsa berkedudukan ke-116 di dunia.

Kian Boon memberitahu, projek Arika@Kubang Kerian akan siap dibina pada suku ketiga tahun 2026.

Katanya, Arika telah mendapat sambutan tempahan yang menggalakkan sejak dibuka untuk jualan.

"Setakat kini, lebih daripada 60 peratus unit telah dijual. Ia menjadi satu status kehidupan kepada para pemiliknya dan dapat memberi pulangan pelaburan yang menarik apabila siap kelak," katanya.

Sementera, Hilmi dalam ucapannya menyambut baik projek Arika@Kubang Kerian yang dilihat mampu membawa kemajuan kepada negeri Kelantan malah turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Ujarnya, kedudukan Arika@Kubang Kerian yang berdekatan dengan

USM akan membolehkan warga USM serta pelajar mendapat tempat tinggal yang bukan saja berdekatan malah kualiti kehidupan yang lebih tinggi dan selesa.

"Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memajukan Kubang Kerian sebagai Bandar Diraja Al Muhammadi," katanya.