PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda

Iklan
Anwar (kiri) mengadakan mesyuarat dua hala dengan Kagame sempena Mesyuarat Khas WEF pada Ahad. Foto Bernama

RIYADH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda, Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini pada Ahad.

Pertemuan itu, yang bermula pada 11.40 pagi (waktu tempatan), berlangsung selama hampir 30 minit selepas kedua-kedua pemimpin terlibat dalam Sesi Plenari Pembukaan mesyuarat khas itu.

Iklan
Iklan

Pada pertemuan itu, Anwar mengalu-alukan Kagame untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia manakala Kagame turut mempelawa Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke negara Afrika berkenaan.

Kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai perdagangan dua hala dengan menggalakkan lebih banyak perdagangan dalam sektor industri halal dan minyak sawit.

Iklan

Jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Rwanda ketika ini ialah sekitar AS$25 juta (RM119.2 juta).

Anwar dan Kagame turut berbincang mengenai ruang kerjasama baharu untuk diteroka termasuk pengurusan risiko bencana, perancangan bandar dan digitalisasi, pelancongan, pembangunan kapasiti sumber manusia serta industri halal.

Iklan

Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh petang ini (waktu tempatan) dan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan pada Isnin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!