PRK KKB: Ketiadaan pemimpin Pas bukan isu besar

Iklan
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan ketiadaan pemimpin parti berkenaan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bukan isu besar.

Beliau berkata, ketidakhadiran itu disebabkan Pas mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas 2024 di Perlis dan keputusan untuk mengadakan acara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sebelum Ramadan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, secara keseluruhan pemimpin Pas Selangor berada di Kuala Kubu Bharu dan gerak kerja kempen sebelum ini turut melibatkan pemimpin kanan parti.

"Hebahan kepada umum telah diuar-uarkan seawal 18 April (10 hari lalu) di laman Facebook rasmi Pas Perlis yang mana pada waktu itu Perikatan Nasional (PN) sendiri masih belum memutuskan parti manakah akan bertanding mewakili PN di PRK Kuala Kubu Bharu.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengenai keberadaan pemimpin-pemimpin utama Pas di Perlis berbanding di Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Ujar Fahmi, perkara itu dilihat agak 'menarik', namun beliau sendiri tidak pasti apa yang cuba disampaikan oleh pemimpin Pas untuk tidak berada di Kuala Kubu Baharu khususnya pada hari penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu.

Iklan

Mengulas lanjut persoalan itu, Ahmad Fadhli berkata, persoalan itu timbul mungkin disebabkan Fahmi tidak mendapat undangan ke hari terbuka Pas 2024.

"Saya fikir selepas ini Pas boleh memikirkan untuk turut menjemput pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH), cuma dibimbangi situasi janggal boleh berlaku kerana majlis ini atas nama parti bukannya kerajaan,” ujar beliau.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli menegaskan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi sepatutnya memberi perhatian kepada pengumuman MCA dan gesaan Ketua Pemuda UMNO bahawa 'jangan pilih pemimpin hipokrit' dan 'hantar mesej yang jelas dalam pilihan raya' itu.

"Semua pihak boleh meneka kepada siapa mesej itu dituju,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!