Padah langgar lampu merah, menteri 'ekstremis' Israel kemalangan

Iklan
Pihak berkuasa memeriksa lokasi nahas di Ramla, selatan Tel Aviv. Gambar kecil: Ben-Gvir - Foto Agensi

TEL AVIV - Menteri 'esktremis' Israel, Itamar Ben-Gvir yang banyak 'membuat onar' terhadap penduduk Palestin dan menyokong kempen genosid ke atas Genting Gaza dilaporkan cedera dalam nahas jalan raya.

Ben-Gvir dirawat di hospital akibat patah tulang rusuk selepas insiden kemalangan pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan kereta dinaikinya terbalik ketika pemimpin berhaluan kanan itu beredar dari lawatan di bandar Ramla dan berhampiran lokasi serangan bersenjatakan pisau.

Saksi mendakwa nahas itu berlaku selepas Ben-Gvir melanggar lampu merah selepas beliau dikatakan berulang kali melakukan kesalahan trafik sebelum ini.

Iklan

Pejabat beliau dalam satu kenyataan menafikan kesalahan tersebut dan memberi alasan tindakan memandu secara melulu itu dibuat kerana Ben-Gvir kononnya antara menteri yang paling banyak berdepan 'ancaman'.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan mereka telah melancarkan siasatan terhadap kejadian itu yang turut mencederakan seorang pengawal peribadi, pemandu dan anak perempuannya.

Iklan

Ben-Gvir yang turut dikecam komuniti Israel atas tindakannya menyokong golongan pelampau Yahudi pernah didakwa menghasut sentimen perkauman terhadap masyarakat Arab.

Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Keselamatan pada akhir 2022 di bawah Kabinet 'esktremis' pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!