Anjing kejar budak berjaya ditangkap

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

LUMUT - Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.

Jabatan Penguatkuasaan dan Pelesenan MPM dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan haiwan peliharaan termasuk anjing berwarna putih yang mengejar kanak-kanak terbabit dilakukan Unit Haiwan Merayau sekitar jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, haiwan tersebut mempunyai pemilik dan pihak MPM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.

"MPM menyita tiga ekor anjing termasuk anjing putih tersebut kerana pelanggaran syarat dan peraturan yang mana pemilik gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa anjing itu tidak menjadi gangguan kepada jiran-jirannya disebabkan salakan yang tidak berhenti-henti atau selainnya.

Iklan

"Selain itu, pemilik juga gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa anjing itu tidak merayau di luar kawasan premis pemiliknya dan anjing itu berikat tali apabila dibawa keluar daripada premis pemiliknya," katanya pada Ahad.

Media melaporkan tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan sekitar jam 8.54 pagi pada Sabtu.

Iklan

Video tular berdurasi 20 saat itu memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing namun, seorang daripadanya bertindak melintas jalan.

Malangnya, kanak-kanak itu terjatuh menyebabkan sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan mengelak hingga terbabas menaiki pembahagi jalan.

Kanak-kanak itu dilaporkan terselamat dan dipercayai hanya mengalami kecederaan ringan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!