Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco

Iklan
Hilmi

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sudah memanggil penyanyi wanita yang membuat persembahan di depan khalayak sebagaimana tular di media sosial sebelum ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, pihaknya menyerahkan kepada jabatan berkenaan untuk membuat siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Di peringkat PBT (pihak berkuasa tempatan) kita akan memanggil penganjur kerana tidak mempunyai permit dan lesen persembahan secara terbuka.

"Kalau melibatkan premis seperti sekolah kita boleh berunding dan bagi nasihat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di sini pada Ahad.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, Kerajaan Kelantan sedang mengesan penganjur program majlis hari raya melibatkan persembahan artis wanita menyanyi di pentas yang menyalahi peraturan di negeri ini.

Hilmi berkata, sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pihaknya terus menjalankan siasatan ke atas individu di belakang tabir.

Iklan

Ujarnya, pada masa sama syarikat penganjur yang terlibat akan disenarai hitam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!