4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad dikaitkan 1MDB dirampas

Iklan
Antara model kereta mewah Bugatti Veyron yang dirampas polis Jerman yang dikaitkan sebagai sebahagian daripada siasatan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BERLIN - Polis Jerman dilaporkan merampas empat buah kereta mewah Bugatti Veyron edisi khas di Munich awal minggu ini yang dikaitkan sebagai sebahagian daripada siasatan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar Jerman Bild melaporkan, empat kereta super yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dirampas daripada kemudahan simpanan persendirian.

Iklan
Iklan

Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri"Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.

Empat kenderaan itu ialah Rembrandt edisi Veyron, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini. Setiap kereta mempunyai harga sekitar AS$3 juta (RM14.3 juta).

Iklan

"Kereta itu jarang dijual, dan biasanya tidak dijual di lelongan awam. Kereta berkenaan dikesan dan dirampas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih," menurut media Jerman, Bild.

Ia menyatakan, kereta itu diletakkan di tempat letak kereta Motorworld Munich, ketika suatu pertunjukan automotif.

Iklan

Skandal 1MDB mengheret ramai personaliti ternama terdiri daripada ahli politik dan bank sehinggalah bintang Hollywood.

Skandal berkenaan turut melibatkan siasatan jenayah di beberapa negara.

Polis Munich, bagaimanapun, enggan berkongsi sebarang butiran khusus mengenai kes yang sedang berjalan dengan Bild, yang memetik kebanyakan laporannya daripada sumber badan kehakiman Jerman.

Bild melaporkan bahawa kereta-kereta itu telah disita berhubung dengan siasatan mengenai dana kekayaan negara 1MDB. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!