'Nampak sempurna tetapi banyak cacat'
Iklan
Gambar yang dikongsi Jamatul Fitri ketika kerja-kerja penambahbaikan dilakukan pihak pemaju. (Laporan muka depan Sinar Ahad.)
SHAH ALAM - Biarpun kediaman yang baharu dibeli dilihat sempurna oleh mata kasar, namun segala kecacatan rumah berkenaan terbongkar setelah dibuat penelitian oleh pemeriksa kediaman.
Seorang jurutera proses, Jamatul Fitri Jamalos, 37, berkata, kecacatan yang terdapat di rumah berkenaan hanya diketahui selepas pakar melakukan pemeriksaan dan mendapati banyak jubin berongga melibatkan lantai serta dinding dapur dan tandas.