Selangor meterai MoU dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman

Iklan
Amirudin beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 di Pekan Kuala Kubu Baharu malam Sabtu. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Kerajaan Negeri Selangor menerusi beberapa anak syarikat termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman untuk memajukan lagi negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, MoU itu yang membabitkan syarikat teknologi seperti Siemens, KNX dan Mendix, ditandatangani ketika beliau bersama delegasi Malaysia melawat Jerman baru-baru ini bagi menyertai Hannover Messe iaitu forum dan pameran teknologi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Riuh Raya #KitaSelangor 2024 di sini malam Sabtu.

Amirudin juga berkata, Selangor terbuka untuk menjadi 'rumah' dan 'payung' kepada semua rakyat Malaysia yang berhijrah ke negeri itu atas semangat kebersamaan serta perpaduan. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!