Bola Tampar Pantai LISC 2024

Iklan
Pemain Selangor Samson Chin Weng Huan (kiri) melakukan pukulan spike ke gelanggang lawan pada acara bola tampar pantai sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan (KSLA) hari ini.
Seramai 64 pemain dari dalam dan luar negara seperti Jerman, Cyprus, Turki dan Brunei Darussalam menyertai acara LISC yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok.

Penganjuran LISC buat kali ke-26 ini menyaksikan penglibatan 11 negara termasuk Malaysia, dengan penyertaan keseluruhan program melebihi 2,000 peserta dalam 18 acara yang dianjurkan.

Sebahagian acara sukan laut yang dipertandingkan seperti cabaran kayak dan bola tampar pantai menjadi medan bagi mendapatkan pengalaman dan latihan persiapan untuk SUKMA dan Sukan SEA.