KKR, CIDB teroka kerjasama dengan Jepun perkasa TVET

Iklan
Alexander Nanta Linggi (dua dari kiri) ketika pertemuan delegasi KKR, JKR, CIDB dan LLM di Nagasaki, Jepun pada Jumaat.

SHAH ALAM - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) meneroka kerjasama dengan Jepun bagi memperkasakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) membabitkan generasi muda negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, usaha ke arah kerjasama itu sedang giat dilaksanakan bersama institusi dan agensi berkaitan di Nagasaki, Jepun dan program tersebut dapat dimuktamadkan melalui Memorandum Kerjasama (MOC) yang dijangka ditandatangani pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, CIDB bersama agensi dan institusi pendidikan kemahiran di negara berkenaan akan bekerjasama dalam pertukaran kepakaran teknikal serta latihan melibatkan kedua-dua pihak terutama dalam sektor pembinaan dan perkapalan.

"Usaha ini dilakukan banyak cara termasuk pertukaran kepakaran dengan negara maju seperti Jepun yang terkenal dan jauh ke hadapan dalam pelbagai aspek berkaitan teknologi pembinaan yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan TVET negara.

Iklan

"Sehubungan itu, dalam lawatan kerja ke Nagasaki, Jepun semalam (Jumaat), saya bersama-sama delegasi KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR), CIDB dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Wilayah Nagasaki, Dr Oishi Kengo,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Delegasi KKR, JKR, CIDB dan LLM ketika mengadakan pertemuan di Nagasaki, Jepun pada Jumaat.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Timbalan Ketua Setiausaha KKR (Sektor Dasar dan Pembangunan), Datuk Zahrul Hakim Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Yang Menjalankan Tugas Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Badioezaman Ab Khalik; Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd Zaid Zakaria dan Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Sazali Harun.

Iklan

Mengulas lanjut, Nanta berkata, pertemuan itu susulan lawatan kerja yang telah diadadakan oleh pasukan CIDB tahun lalu bertujuan meneroka peluang menghantar pelatih TVET ke Nagasaki untuk mendalami ilmu berkaitan.

Menurutnya, pertukaran teknologi juga akan diperkemaskan menerusi kerjasama tersebut yang antara lain memfokuskan penggunaan teknologi moden dalam kerja kimpalan dan pengendalian jentera berat.

"Saya berharap kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan menjelang suku keempat tahun ini, kita berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki dengan sasaran awal sebanyak lima hingga 10 individu setiap kumpulan bergantung permintaan.

"Dalam perbincangan bersama Dr Oishi, kami bersetuju bahawa banyak limpahan manfaat dapat dihasilkan melalui kerjasama ini terutamanya membantu menyediakan latihan vokasional untuk pekerja berkemahiran serta mengembangkan lagi pembangunan tenaga kerja.

"Ia juga akan menjadi satu usaha perkongsian kemahiran dan teknologi yang bermakna bagi kedua-dua negara serta merapatkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun, seterusnya memberi faedah kepada ekonomi masing-masing dan menyumbang kepada kemajuan global bidang TVET,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!