Pengaruh Islam dalam politik Eropah
Iklan
Situasi di Eropah kini ibarat pertembungan tamadun Islam dan Barat. Gambar hiasan 123RF
DALAM ucapan Marion Maréchal, seorang ahli politik Perancis bersayap kanan semasa pelancaran kempen parti beliau untuk pilihan raya Eropah, Jun lalu, Maréchal bertanya:"Soalan utama perlu dijawab pada hari mengundi – adakah anda mahu sebuah Eropah Islam atau sebuah Eropah yang berteraskan nilai-nilai Eropah?”
Maréchal yang berasal daripada dinasti politik turut menegaskan Eropah diancam kuasa asing dan pertubuhan Islam yang mengaut keuntungan daripada ketidakstabilan politik Eropah, selain menggugat perkembangan belia Eropah.