Ewon ketuai delegasi Kuskop ke Jordan
Iklan
Ewon Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick akan mengetuai delegasi kementeriannya, ke Persidangan Menteri-menteri Koperasi Asia Pasifik di Jordan, dari 28 hingga 30 April.
Ewon dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, persidangan empat tahun sekali itu anjuran International Cooperative Alliance - Asia Pacific (ICA-AP), dengan kerjasama Jordan Cooperative Corporation (JCC) dan Kementerian Pertanian Jordan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pada persidangan itu, beliau akan membentangkan kenyataan menteri, selain mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Jordan yang juga merupakan Pengerusi JCC Khaled Al-Huneifat.
Ewon berkata, beliau juga akan mengadakan lawatan kerja ke Beit Sweimeh Cooperative, iaitu sebuah koperasi yang didukung United Nation Children’s Fund (UNICEF), selain perjumpaan bersama diaspora Malaysia di Jordan.
Iklan
Lawatan itu akan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mans;, Ketua Pegawai Eksekutif Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Dato Abdullah Jusoh dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Azizul Alias. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>