PRK KKB: Parti Asli sah hantar nama calon

Iklan
Rashid Ka

SHAH ALAM - Parti Orang Asli Malaysia (Asli) akan menghantar nama calon mereka pada hari penamaan calon esok bagi membolehkan parti tersebut bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Perkara tersebut disahkan oleh Presidennya, Rashid Ka yang memberitahu, pihaknya positif akan memenangi pilihan raya kali ini.

Iklan
Iklan

"Kita boleh menang bergantung kepada rakyat KKB. Walaupun kita Orang Asli kita sedar ramai yang memberi galakan untuk bertanding kali ini. Setakat ini tiada masalah," ujarnya.

PRK KKB diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac 2024.

Iklan

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, mendiang menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Turut bertanding calon Muda, Dr Siva Prakash mendapat 1,186 undi dan Chng Boon Lai dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) memperoleh 527 undi.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini, diikuti hari pengundian pada 11 Mei.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!