Kadar dividen Akaun 3 sama Akaun 1, 2 - KWSP

Iklan
KWSP mengumumkan pengenalan Akaun Fleksibel sebagai pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahlinya. Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kadar dividen bagi Akaun 3 atau Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sama dengan kadar dividen bagi Akaun 1 (Akaun Persaraan) dan Akaun 2 (Akaun Sejahtera).

"Dividen bagi Akaun Fleksibel adalah sama dengan kadar dividen bagi Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera,” kata KWSP dalam satu hantaran di aplikasi X.

Iklan
Iklan

KWSP berkata demikian menjawab pertanyaan seorang pengguna X, @ongmalimali mengenai kadar dividen bagi Akaun 3 sama ada ia serupa dengan dua lagi akaun atau sebaliknya.

KWSP pada Khamis mengumumkan pengenalan Akaun Fleksibel sebagai pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahlinya.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, Akaun Fleksibel menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek ahli dana persaraan itu dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Sehubungan itu, mulai 11 Mei, 2024, akaun ahli di bawah usia 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga kemudahan iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Iklan

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing kekal dalam Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan sewaktu persaraan.

Akaun Sejahtera pula bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan manakala Akaun Fleksibel bermula dengan baki sifar.

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!