Warga emas maut motosikal terlanggar kucing

Iklan
Penunggang motosikal warga emas maut dan kucing turut mati dalam kemalangan tersebut. Pix Ihsan PDRM

LIPIS - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas selepas terlanggar seekor kucing di Kilometer 29, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Kechau Tui di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Azmi Budin, 62, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kucing itu turut mati akibat kemalangan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kechau Tui menuju ke bengkel tempat lorinya dibaiki di Kampung Padang Tengku di sini.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya telah terlanggar seekor kucing melintas jalan lalu terbabas.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

"Kita juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!