Bacaan Yassin Warga TLDM Kota Kinabalu

Iklan
Sebahagian pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu menyertai bacaan Yassin dan tahlil perdana hari ini untuk anggota dan pegawai TLDM yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Lumut, Perak baru-baru ini. Bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Ibu Battuta pangkalan itu diketuai Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera Mej Mad Zakuan Burhan, manakala khutbah khas solat Jumaat dibacakan Pegawai Memerintah KD Selangor Kept Ahmad Rashidi Othman TLDM yang juga Pegawai Kanan Armada Timur. - Foto: Bernama