MBSJ PBT pertama di Selangor lancar 'WhatsApp Biz'

Iklan
Mohd Fauzi (tiga kiri) melancarkan pelancaran 'Whatsapp Biz MBSJ' pada Majlis Sambutan Aidilfitri MBSJ di sini pada Khamis.

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang melaksanakan Whatsapp Biz MBSJ.

MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan, kemudahan tersebut menyediakan platform interaktif komunikasi secara langsung antara MBSJ dan komuniti bandar raya.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan 'WhatsApp Biz MBSJ' merupakan perkhidmatan saluran pemudah cara kepada pelanggan untuk membuat semakan dan pertanyaan berkaitan dengan enam perkhidmatan utama.

"Perkhidmatan merangkumi cukai taksiran MBSJ, kompaun trafik MBSJ, lesen perniagaan dan permit berniaga, permit bangunan, saluran bayaran serta pembersihan iaitu makluman sisa pepejal dan pembersihan awam termasuk makluman pengurusan sisa kitar semula, sisa restoran dan industri," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan
MBSJ menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang melaksanakan Whatsapp Biz MBSJ.

Terdahulu, Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim melancarkan pelancaran 'Whatsapp Biz MBSJ' pada Majlis Sambutan Aidilfitri MBSJ di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, kenyataan itu menambah, WhatsApp Biz MBSJ juga telah mendapat pengesahan dari pihak Meta di mana keselamatan serta privasi data pengguna adalah terjamin.

Iklan

"Para pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini melalui nombor 03 80263100 pada bila bila masa dalam tempoh 24 jam.

"MBSJ yakin melalui perkhidmatan WhatsApp Biz MBSJ akan membantu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada komuniti bandar raya sekali gusbmemberikan impak positif kepada pengguna dari segi masa, tenaga, kewangan dan alam sekitar," kata kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!