'Hanya keluarkan jika terdesak'
Iklan
KWSP memperkenalkan Akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa.
SHAH ALAM - Pengumuman berhubung pelaksanaan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 11 Mei ini memberi berita gembira kepada rakyat sekali gus membantu mereka mendepani kenaikan harga barang dan kos sara hidup di negara ini.
Rata-rata ahli teruja dengan pelaksanaan inisiatif tersebut yang dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.