Pelajar perlu guna AI dengan betul
Iklan
Teknologi kecerdasan buatan (AI) dipercayai mampu memudahkan kerja dan menambah baik proses penyampaian ilmu namun ia juga boleh membawa risiko pelajar menjadi semakin malas berfikir. (Gambar kecil: Wan Ahmad Jaafar, Mohd Fadzil)
SHAH ALAM - Biarpun teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu memudahkan kerja dan menambah baik proses penyampaian ilmu, ia juga boleh membawa risiko pelajar menjadi semakin malas berfikir.
Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Profesor Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya berkata, pelajar kurang berfikir secara kritis atau mempunyai daya usaha yang tinggi untuk belajar kerana semua persoalan boleh dijawab dengan jawapan dijanakan AI.